2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st baking soda
1/4 st garam
1/2 cawan air panas
1 sb serbuk kopi segera
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan brown sugar
2 biji telur
1. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam.
2. Campurkan air panas dengan serbuk kopi segera. Sejukkan dan campurkan dengan susu cair.
3. Pukul planta, gula castor dan brown sugar sehingga kembang.
4. Masuk telur sebiji-sebiji sambil dipukul rata.
5. Masukkan pula campuran tepung berselang-seli dengan campuran kopi segera tadi. Adun hingga sebati.
6. Isikan adunan kek tadi ke dalam cawan kertas kek dengan sukatan 3/4 untuk setiap cawan kertas. Pastikan setiap cawan kertas itu diletakkan di dalam loyang muffin.
7. Bakar pada suhu 350F selama lebih kurang 20 minit. Bila dah masak, sejukkan dan dikeluarkan dari loyang muffin.
No comments:
Post a Comment