1 biji kentang russet
1 liter air sejuk
1 liter minyak untuk menggoreng
1 st garam
1. Kentang dikupas kulit dan disagat nipis.
2. Basuhkan kentang itu beberapa kali sehingga air basuhannya menjadi jernih.
3. Lepas itu rendamkan kentang itu ke dalam air sejuk (ais). Biarkan dalam 1/2 jam. Sebaiknya simpankan dalam peti sejuk. Lepas itu toskan ia.
4. Kemudian keringkan setiap kepingan kentang itu diatas kitchen towel. Biarkan airnya kering. Boleh juga diletakkan di bawah kipas.
Memanglah nampak senang aje nak membuat kerepek kentang ni. Tapi bab nak menyagat nipis-nipis ni yang payah. Kalau ada alat khas yang guna letrik memang bagus.
Satu lagi bab yang leceh ni ialah bab nak mengeringkan kepingan kentang tu. Kalau rumah berhalaman bolehlah keringkan di bawah matahari. Kalau tak dikeringkan betul-betul nanti tak rangup.
5. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Masukkan kepingan kentang itu dan masukkan juga sedikit garam didalam minyak itu. Gorengkan sehingga garing kekuningan atau tidak ada lagi buih-buih dalam minyak itu.
6. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara. Yang ini hasil dari 1 biji kentang russet. Banyak juga.
No comments:
Post a Comment