Sunday, October 12, 2014

Ayam Malaya



1/2  ekor ayam
1 biji kentang - dibelah 4
2 keping asam-keping
2 batang serai - dititik
1 sb serbuk ketumbar
1 st serbuk jintan putih
1/2 st garam masala
1 cawan santan pekat
1 sb serbuk kunyit
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar :
3 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sb cili kisar
20 gm lengkuas
20 gm kunyit hidup

Bahan tumis :
3" kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - dihiris

1.  Lumur ayam bersama garam dan kunyit.  Goreng ayam setengah masak dan ketepikan.




2.  Minyak lebihan goreng ayam tadi ditumiskan bahan tumis.



3.  Bila bawang dah nampak menggaring, masuk bahan kisar, asam keping, serai, ketumbar, jintan putih, garam masala dan kentang. Tumis hingga garing dan pecah minyak.



5.  Lepas itu masuk santan dan masak lagi hingga mendidih.



6.  Akhir sekali masuk garam.  Taburkan bawang goreng.




No comments:

Post a Comment