Monday, May 31, 2021

Sandwich Ayam & Keju



6 keping roti
200 gm isi ayam
1 biji bawang besar
3 keping keju
1 cawan grated mozarella
3 biji cili padi - dihiris
3 sb sos tomato
planta secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa

1.  Isi ayam dilumur dengan serbuk lada hitam dan garam.  Panaskan kuali dengan 1 sb minyak.  Masak ayam hingga masak kekuningan.  Lepas itu carik-carikkan isi ayam itu.

2.  Bawang besar dihiris bulat dan dimasak dalam kuali tadi hingga layu.  Jangan terlalu berkaramel.

3.  Ambil 2 keping roti.  Satu disapukan dengan planta dan satu lagi disapu dengan tomato sos.

4.  Letak bawang, mozarella cheese, carikkan isi ayam, cili padi dan kepingan cheese.  Tutup dengan sekeping lagi roti.  Sapukan planta di atas roti itu.

5.  Panaskan kuali leper, letak roti yang telah disapu planta itu dibahagian bawah.  Sambil tunggu roti itu kekuningan, sapukan lagi planta di bahagian atas roti itu.  

6.  Kemudian terbalikkan roti itu dan masak lagi hingga kekuningan.  Cheese didalam roti itu akan mula mencair.  Bila roti dah kuning di kedua belah, angkat dan hidangkan.  Makan semasa panas.





Saturday, May 29, 2021

Mee Kuah Ketam




400 gm mee kuning - dicelur & toskan
100 gm tauge
2 pokok daun sup - dihiris
5 biji limau kasturi
10 biji cili padi - dihiris
bawang goreng secukupnya

Bahan untuk kuah :
4 ekor ketam - bersihkan dan belah dua
5 pokok sawi
1/2 cawan cili kisar
10 biji fish ball
1 biji capsicum - didadu kecil
1 biji tomato - didadu kecil
1 sb sos tiram
2 sb kicap
2 biji telur
1 liter air
1 keping asam-keping
3 sb minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
2 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan fish ball hingga bawang kekuningan.
2.  Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3.  Masuk pula capsicum, tomato, sos tiram, kicap dan sawi.  Tumis sekejap.
4.  Kemudian masuk air.  Bila mendidih, masukkan ketam, telur, asam-keping dan garam.  Biarkan hingga mendidih lagi dan ketam serta telur masak.


Cara menghidang :
1.  Masuk mee dan tauge dalam mangkuk.
2.  Tuangkan kuah dan tabur daun sup, cili padi dan bawang goreng.  
3.  Perahkan jus limau kasturi.




Popia Inti Isi Ketam Dan Cheese



50 keping kulit popia
50 batang isi ketam
200 keju mozarella
10 biji cili padi - dihiris
1 liter minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum
sedikit air untuk dibancuh dengan tepung
1 liter air untuk merebus isi ketam

1.  Didihkan air dan rebus isi ketam sekejap.  Jangan rebus terlalu lama nanti isi ketam akan pecah.  Lepas itu toskan supaya tidak berair semasa di letak di atas kulit popia.

2.  Campurkan tepung gandum dengan sedikit air dan dibancuh hingga sebati untuk dijadikan gam bagi melekatkan kulit popia itu.  Adunan itu jangan terlalu cair.

3.  Ambil sekeping kulit popia.  Tabur keju mozarella dan sedikit cili padi dan letakkan sebatang isi ketam.  Banyak mana nak letak keju tu, ikut suka.  Yang ini kita letak sikit aje sebab ada yang tak berapa suka.

4.  Sapukan keliling popia itu dengan gam tepung dan gulungkan kemas-kemas popia itu.  Buat hingga habis.

5.  Panaskan minyak dan goreng popia itu hingga garing kekuningan.  Toskan.  

Kalau tak habis digoreng, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freeze.  









Friday, May 28, 2021

Jumbo Shells Pasta Bersama Isi Ayam & Sup Tomato



20 biji jumbo shells pasta
2 biji tomato
1 biji capsicum
425gm sup tomato KIMBALLS
1 cawan mozarella cheese
300 gm isi ayam
1 pokok daun ketumbar
1 sb minyak 
sedikit serbuk oregano
sedikit garam 
serbuk lada hitam

1.  Jumbo shells pasta direbus hingga lembut tapi kenyal (al-dente).  Toskan.
2.  Ayam dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam.  Panaskan minyak dan masak ayam hingga kekuningan.  Lepas itu carikkan isi ayam itu.
3.  Tomato dan capsicum didadu kecil.  Campurkan dengan isi ayam tadi.  Gaulkan dengan sedikit oregano dan sup tomato.  
4.  Tuangkan sedikit sup tomato ke dalam bekas tahan panas.
5.  Masukkan campuran isi ayam tadi ke dalam jumbo shells pasta tadi.  Tabur mozrella cheese diatasnya.
6.   Kemudian susunkan pasta shells yang telah diisi dengan isi ayam ke dalam bekas itu.  Siramkan lagi sup tomato di atasnya.  Tabur diatasnya dengan sedikit serbuk lada hitam, oregano dan daun ketumbar.
7.  Ulang lagi lapisan kedua hingga habis.  Dipermukaannya siramkan lagi sup tomato.  Taburkan serbuk lada hitam, oregano, mozarella dan daun ketumbar.  Sup tomato itu boleh disiram banyak atau sedikit.








Tuesday, May 25, 2021

Laksa Sarawak guna pes laksa sarawak Hj Manan



Kali ni kita guna pes laksa sarawak Hj. Manan.  Sungguh tak mengecewakan pes ini.  Bau herbanya lembut sahaja.  Tidaklah macam bau ubat akar kayu.


Bahan A :
1 bungkus bee hoon Faiza - celur dan toskan
400 gm pes laksa Hj Manan
150 ml santan Kara
1500 ml air 
500 ml air rebusan ayam/tulang
20 biji fish ball
6 keping fish cake
garam secukup rasa

1.  Masukkan pes laksa, air, air rebusan ayam/tulang dan santan dalam periuk.  Masakkan.
2.  Bila hampir mendidih, masuk fish ball, fish cake dan garam.
Masak hingga mendidih lagi.

Bahan B :
20 ekor udang
1 sb minyak masak
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Udang dikupas kulit, dibelah belakang dan dibuang perutnya.  Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam dan garam.  Panaskan minyak dan masak udang hingga bertukar warna oren keemasan.

Bahan C :
3 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

Pecahkan telur.  Campurkan sedikit garam dan serbuk lada sulah.  Kocak-kocakkan sedikit.  Panaskan kuali tanpa minyak.  Pastikan kuali betul-betul panas dan masukkan sedikit telur itu sambil ditebar nipis merata dalam kuali.  Bila telah masak dipermukaannya, angkat.  Pastikan bahagian bawah telur itu tidak hitam.  Gulungkan telur itu dan dihiris nipis.

Bahan D :
10 biji cili merah
1 sb belacan bakar
sedikit garam
sedikit gula
4 biji limau kasturi

Cili merah dan belacan digoreng tanpa minyak hingga cili nampak layu.  Kemudian dikisar tapi jangan terlalu halus.  Masukkan garam, gula dan perahkan jus limau.  Gaul rata.

Bahan E :
10 biji cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 tangkai daun sup - tak letak
200 gm tauge - tak letak
bawang goreng secukupnya




1.  Masuk beehoon dalam pinggan bersama tauge (jika ada).  
2.  Tuang kuah laksa. 
3.  Letak udang, telur, bawang hiris, bawang goreng, cili padi dan sambal belacan.  
Taburkan daun sup jika ada. 


Friday, May 21, 2021

Sambal Fucuk Tahu Aleeya Zailan


Baru aku tahu wujudnya masakan ni kat Melaka.  Ini pun dapat tahu dari dak leeya, founder Avenys tu.
Memang sedap wei sambal ni.  Makan dengan ketupat ke, nasi ke...


100 gm fucuk tahu
10 ekor udang
1 cawan santan
2 cawan cili kisar
1 cawan air asam jawa
2 sb gula melaka
1 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris - aku tambah
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sb belacan

1.  Udang dibersihkan dan dibuang perut.  Fucuk tahu direndam hingga kembang.  Fucuk tahu ni ada 2 jenis.  Boleh saja digunakan mana yang disukai.

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bawang nampak kekuningan.

3.  Lepas itu masukkan cili kisar.  Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.  Tambah minyak jika perlu.  Kemudian masuk santan dan air asam jawa.  Warna sambal akan menjadi oren sedikit.  Biar ia mendidih sedikit.  Jika terlalu pekat, boleh tambah air.

4.  Akhir sekali masuk udang, fucuk tahu, bawang besar hiris, garam dan gula melaka.  Masak lagi hingga mendidih.  Masakan ini agak berkuah sedikit tetapi pekat.