Saturday, May 29, 2021

Popia Inti Isi Ketam Dan Cheese



50 keping kulit popia
50 batang isi ketam
200 keju mozarella
10 biji cili padi - dihiris
1 liter minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum
sedikit air untuk dibancuh dengan tepung
1 liter air untuk merebus isi ketam

1.  Didihkan air dan rebus isi ketam sekejap.  Jangan rebus terlalu lama nanti isi ketam akan pecah.  Lepas itu toskan supaya tidak berair semasa di letak di atas kulit popia.

2.  Campurkan tepung gandum dengan sedikit air dan dibancuh hingga sebati untuk dijadikan gam bagi melekatkan kulit popia itu.  Adunan itu jangan terlalu cair.

3.  Ambil sekeping kulit popia.  Tabur keju mozarella dan sedikit cili padi dan letakkan sebatang isi ketam.  Banyak mana nak letak keju tu, ikut suka.  Yang ini kita letak sikit aje sebab ada yang tak berapa suka.

4.  Sapukan keliling popia itu dengan gam tepung dan gulungkan kemas-kemas popia itu.  Buat hingga habis.

5.  Panaskan minyak dan goreng popia itu hingga garing kekuningan.  Toskan.  

Kalau tak habis digoreng, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freeze.  









No comments:

Post a Comment