Kali ni kita guna pes laksa sarawak Hj. Manan. Sungguh tak mengecewakan pes ini. Bau herbanya lembut sahaja. Tidaklah macam bau ubat akar kayu.
Bahan A :
1 bungkus bee hoon Faiza - celur dan toskan
400 gm pes laksa Hj Manan
150 ml santan Kara
1500 ml air
500 ml air rebusan ayam/tulang
20 biji fish ball
6 keping fish cake
garam secukup rasa
1. Masukkan pes laksa, air, air rebusan ayam/tulang dan santan dalam periuk. Masakkan.
2. Bila hampir mendidih, masuk fish ball, fish cake dan garam.
Masak hingga mendidih lagi.
Bahan B :
20 ekor udang
1 sb minyak masak
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
Udang dikupas kulit, dibelah belakang dan dibuang perutnya. Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam dan garam. Panaskan minyak dan masak udang hingga bertukar warna oren keemasan.
Bahan C :
3 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
Pecahkan telur. Campurkan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kocak-kocakkan sedikit. Panaskan kuali tanpa minyak. Pastikan kuali betul-betul panas dan masukkan sedikit telur itu sambil ditebar nipis merata dalam kuali. Bila telah masak dipermukaannya, angkat. Pastikan bahagian bawah telur itu tidak hitam. Gulungkan telur itu dan dihiris nipis.
Bahan D :
10 biji cili merah
1 sb belacan bakar
sedikit garam
sedikit gula
4 biji limau kasturi
Cili merah dan belacan digoreng tanpa minyak hingga cili nampak layu. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu halus. Masukkan garam, gula dan perahkan jus limau. Gaul rata.
Bahan E :
10 biji cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 tangkai daun sup - tak letak
200 gm tauge - tak letak
bawang goreng secukupnya
2. Tuang kuah laksa.
3. Letak udang, telur, bawang hiris, bawang goreng, cili padi dan sambal belacan.
Taburkan daun sup jika ada.
No comments:
Post a Comment