500 gm isi ayam - dipotong kecil
10 helai daun pandan (besar)
2 cawan minyak untuk menggoreng
Bahan untuk perap ayam :
* 3 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 akar ketumbar
* 2 tangkai cili kering
* 1/2" kunyit hidup
* 1" halia
* 1 batang serai
* 1 sb ketumbar
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
1 sb santan pekat
1 st fish sauce
garam secukup rasa
1. Kisar bahan bertanda *. Kemudian gaulkan pada ayam bersama bahan perap yang lain. Perapkan ayam dalam 2 jam.
2. Lepas itu ambil seketul ayam dan bungkus dengan daun pandan.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
No comments:
Post a Comment