10 ekor udang harimau
2 bungkus maggi
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng
1. Maggi dicelur sekejap. Jangan terlalu lembut supaya tidak putus-putus. Toskan dan gaulkan dengan 1 sb minyak dan sedikit garam.
2. Udang dibersihkan dan dibuang kulit tapi tinggalkan bahagian ekor sahaja. Belah belakang udang dan buang urat perutnya. Toskan udang biar kering.
3. Lumurkan udang dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk lada sulah.
4. Kemudian ambil sedikit maggi tadi dan belit-belitkan pada udang. Buat hingga habis.
5. Panaskan minyak dan letak udang salut maggi tadi perlahan-lahan dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
No comments:
Post a Comment