1/2 ekor ayam
4 tangkai daun kemangi/daun selasih
2 biji limau nipis
4 helai daun limau purut
4 helai daun salam
2" lengkuas
2" halia
2 batang serai
1 biji tomato
500 ml air
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan dikisar halus :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras
5 biji cili merah
3" kunyit hidup
1. Ayam dilumurkan dengan limau nipis. Ketepikan.
2. Lengkuas, halia dan serai diketuk. Tomato dibelah 4.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
4. Masukkan lengkuas, halia, serai dan tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Masuk ayam dan gaul sekejap supaya rempah meresap ke dalam ayam.
6. Kemudian masuk air, tomato dan garam. Masak hingga mendidih. Jika hendak berkuah, tambahkan sedikit lagi air. Akhir sekali masuk daun limau purut dan daun selasih. Balik-balikkan dan tutup api.
No comments:
Post a Comment