500 gm betik muda
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sb ketumbar biji
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
air garam secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya
Sebaiknya gunakan betik yang betul-betul muda. Yakni masih putih melepak isinya. Tapi disebabkan orang bagi betik yang masih mengkal dan keras lagi isinya, kita pun hentam sajalah.
1. Mula-mula betik muda tu dicucuk-cucuk permukaan luarnya dengan hujung pisau bagi mengeluarkan getahnya.
2. Lepas tu buang kulit hijau dan bijinya juga. Sagatkan betik itu halus memanjang.
3. Rendam sekejap dalam air garam dan dibilas beberapa kali bagi menghilangkan rasa pahit dan getahnya. Toskan hingga kering.
4. Tumbuk ketumbar biji, bawang putih dan bawang merah.
5. Campurkan bahan tumbuk, tepung beras, tepung gandum dan garam ke dalam betik yang disagat itu. Gaul hingga rata. Jika tepung terlalu basah, boleh tambah tepung lagi.
6. Kemudian lerai-leraikan betik itu supaya tidak melekat semasa menggoreng.
7. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan betik itu hingga garing kekuningan. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment