Bahan A :
1 ekor ikan kerapu
2 sb serbuk kunyit
1 st garam
Bahan B :
1 biji mangga muda
1 biji tomato
1 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
1. Ikan kerapu digaram-kunyit dan digoreng hingga garing. Letak dalam pinggan dan ketepikan.
2. Mangga dihiris memanjang. Tomato dibuang empulurnya dan dihiris. Cili padi, bawang merah dan daun limau purut juga dihiris.
3. Campurkan mangga, tomato, cili padi, daun limau purut, gula dan garam. Perahkan jus limau dan gaul rata.
4. Letakkan kerabu mangga itu dalam pinggan ikan goreng tadi.
No comments:
Post a Comment