300 gm filet ayam
1 st serbuk lada hitam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan breadcrumbs
1 biji telur
1 cawan minyak untuk menggoreng
beberapa helai salad butterhead
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Filet ayam yang telah dipotong digaulkan dengan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam. Biarkan sekejap dalam 10 minit. Telur dipukul sedikit bersama sedikit serbuk lada sulah dan garam.
2. Salutkan filet ayam itu dengan tepung gandum. Lepas itu celupkan dalam telur yang telah dipukul tadi.
3. Kemudian golekkan filet ayam itu dalam breadcrumbs. Panaskan minyak dan goreng filet ayam itu hingga garing kekuningan. Toskan.
4. Susun salad butterhead atas pinggan dan letakkan filet ayam goreng itu atas salad butterhead itu. Tuangkan sos thai di atasnya. Hiaskan dengan cili padi dan boleh dihidangkan .
No comments:
Post a Comment