4 keping tauhu
1 pokok daun salad
sedikit tauge - dicelur dan toskan
minyak untuk menggoreng tauhu
Sos :
1/2 cawan cili kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
air anggaran 3/4 cawan
garam dan gula secukup rasa
1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Sejukkan dan potong dua. Belahkan sedikit bahagian tengah tauhu itu.
2. Sumbatkan sekeping daun salad ke dalam belahan tauhu itu bersama tauge.
3. Untuk membuat sosnya, kisarkan cili kisar bersama cili merah dan bawang putih. Kemudian masukkan dalam periuk bersama perahan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan agak pekat.
4. Masa nak makan, tuangkan sos itu diatas salad itu.
No comments:
Post a Comment