Bahan Inti Kelapa :
2 cawan kelapa parut
1/4 cawan air
20 gm gula merah / gula melaka
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan
1. Masuk air, gula merah, gula pasir dan daun pandan dalam periuk. Masak hingga gula larut.
2. Masuk kelapa parut. Gaulkan hingga sebati. Jangan masak terlalu kering. Biarlah inti kelapa tu nampak lembap-lembap sikit. Inti kelapa ni kalau lebih, boleh simpan dalam peti ais untuk buat kuih lain pulak.
Bahan untuk buat kuih koci :
1 1/2 cawan tepung pulut putih
3 sb tepung pulut hitam
3/4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 st garam
1/4 cawan minyak masak
daun pisang secukupnya
1. Santan pekat dimasak dengan daun pandan dan sedikit garam hingga pekat. Sambil itu dikacau selalu. Ketepikan.
Santan pekat ini lebih sedap dan menarik rupa kuih koci tu kalau menggunakan santan segar.
2. Daun pisang di lap di kedua-dua belah dan layur atas api. Lepas itu dipotong 5"x7". Itu kalau dapat satu pelepah daun pisang senang lah nak layur macam tu.
Tapi kalau beli yang kat supermarket tu lebih senang dipotong (pakai gunting le) 5"x7", lapkan daun pisang tu, kemudian barulah dilayur. Ketepikan.
3. Campur tepung pulut putih, tepung pulut hitam, garam dan santan cair. Gaul hingga menjadi doh.
Kalau gunakan santan kotak, gunakan separuh sukatan daripada 1/4 cawan. Tambahkan air untuk dijadikan 1/4 cawan penuh. Campurkan ke dalam campuran tepung. Tambahkan lagi 2/4 cawan air tapi masukkan sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan. Leperkan dan masukkan sesudu inti kelapa di tengahnya. Kemudian dibulatkan semula. Adunan itu agak lembut, jadi sekadar dibulatkan tercantum menutup inti sudah memadai. Jika tidak, doh itu akan pecah (ini ikut pada pengalaman aku lah).
5. Kemudian lumurkan kuih koci itu dengan sedikit minyak masak supaya ia tidak melekat pada daun pisang setelah ianya masak.
Letakkan bebola kuih koci itu ke atas daun pisang. Lepas itu tuangkan 1 sb santan pekat yang dimasak tadi ke atas bebola kuih koci itu. Kemudian barulah dibungkuskan kuih koci itu.
6. Kukus kuih koci itu lebih kurang 7-10 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Air dalam kukusan mesti betul-betul mendidih.
Selain menggunakan daun pisang, boleh juga digunakan bekas-bekas kecil. Hanya letak bebola kuih koci yang telah disapu dengan minyak masak ke dalam bekas itu, tuangkan santan pekat yang telah dimasak terlebih dahulu dan terus dikukus.
No comments:
Post a Comment