125 gm planta
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan tepung naik sendiri
Bahan untuk Kastad dan cara penyediaannya:
3 sb vanila custard Mom Royale
1 cawan dairy cream/susu cair
2 sb gula pasir
Campurkan semua bahan ini dan dimasak dengan api perlahan sehingga pekat. Sejukkan sebentar.
Cara menyediakan kek :
1. Pukul gula dan planta hingga kembang.
2. Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula kedua-dua jenis tepung yang telah diayak bersama. Gaul rata dan adunan dibahagi kepada 2 bahagian.
4. Griskan acuan bersaiz 7" dengan planta dan tabur sedikit tepung. Masukkan satu bahagian adunan kek tadi dan ratakan. Lepas itu lapiskan adunan vanila custard perlahan-lahan supaya ia tidak tenggelam di tengah adunan kek. Ratakan vanila custard itu. Adalah lebih baik gunakan piping.
Kemudian lapiskan satu lagi bahagian adunan kek tadi di atasnya perlahan-lahan. Ratakan.
5. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment