1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 st lada hitam kasar
1/4 cawan tepung jagung
garam
1 cawan minyak masak
Bahan untuk sira :
3 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk halus
5 tangkai cili kering - dikerat 2
1/4 cawan kicap cair
2 sb cuka
1 sb gula pasir/gula perang/madu
4 sb kacang tanah - digoreng dahulu
1. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan garam.
2. Panaskan minyak. Golekkan ayam ke dalam tepung jagung sehingga bersalut semuanya dan digoreng separuh masak. Toskan sekejap.
Sementara itu kacaukan minyak yang agak keruh disebabkan tepung jagung itu sehingga ia tidak kelihatan mendak atau terlalu keroh lagi.
Masukkan semula ayam yang telah digoreng separuh masak tadi ke dalam minyak panas itu. Gorengkan sehingga ayam benar-benar garing. Toskan.
3. Keluarkan sedikit minyak goreng itu. Tinggalkan dalam 1 sb sahaja. Tumiskan sekejap bawang putih dan cili kering tadi.
4. Masukkan kicap cair, cuka dan gula pasir/gula perang/madu. Kecilkan api dan masak sehingga pekat dan berkilat. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan digaul rata. Tutup api dan masukkan kacang tanah.
No comments:
Post a Comment