Puri Epal :
2 biji epal hijau
1 sb butter
2 sb gula pasir
1. Epal didadu.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk/pan. Masak hingga epal lembut atau hingga boleh dilecek.
3. Jika gunakan pengisar, masukkan epal yang dimasak itu ke dalam pengisar dan dikisar hingga menjadi puri epal.
Bahan untuk membuat pastry :
3 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1/4 st garam
3/4 cawan butter
1 cawan gula
2 biji telur
1 st esen vanila
1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan
1. Pukul gula dan butter hingga kembang.
2. Masuk telur dan vanila. Pukul lagi.
3. Masuk tepung, garam dan baking powder. Gaul dan ulikan hingga menjadi doh. Bahagi 2 doh itu. Balut dengan wrapping plastic berasingan dan simpan dalam fridge lebih kurang 15 minit.
4. Canaikan doh-doh itu berasingan 1/4" tebal dan lebih kurang 10" lebar.
7. Kemudian diterap dengan acuan bulat berukuran 3".
Lebihan pastry yang diterap itu tidak perlu dibuang. Sapukan juga dengan telur dan dibakar. Bolehlah untuk makan sendiri, bentuknya sahaja yang tidak sempurna. |
9. Bakar 10-12 minit pada suhu 375F.
No comments:
Post a Comment