Sunday, February 14, 2016
Red Velvet Crinkles Cookies
1/4 cawan butter
2/3 cawan gula halus
2 biji telur
1 st esen vanila
1 1/3 cawan tepung gandum
3 sb serbuk koko
1st baking powder
1/4 st garam
1 st pewarna merah
1/2 cawan gula icing
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masuk telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masuk tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Gaul dan uli sekejap. Lepas itu masukkan pewarna merah. Sukatan pewarna merah boleh ikut warna yang dikehendaki. Uli lagi hingga warnanya sekata. Bungkus doh dalam plastik dan simpan dalam fridge lebih kurang 3 jam.
4. Ambil sedikit doh itu, bulat-bulatkan dan golekkan ke dalam gula icing. Lepas itu susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
kalau nak buat untuk biskut raya, buatlah kecil sikit. yang ini dibuat untuk minum petang aje ....besar sikit saiznya.
Labels:
Biskut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment