Selalunya akan digunakan serbuk kopi segera/nescafe bila dibuat agar-agar atau apa saja kuih. Kali ini mari kita cuba menggunakan serbuk kopi tempatan (hitam)....yang ini digunakan serbuk kopi hang tuah aje.
1 sb serbuk agar-agar
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 sb serbuk kopi + 1/4 cawan air panas
1/4 cawan santan
1. Masukkan serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bahagian agar-agar itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan kopi dan satu bahagian lagi dicampurkan santan.
3. Masukkan 1/4 cawan adunan kopi ke dalam acuan. Sejukkan dan biar ia keras. Lepas itu lapiskan 1/4 cawan adunan santan di atas lapisan agar-agar kopi itu. Biarkan ia keras dan lakukan lapisan seterusnya berselang-seli. Sejukkan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment