Hari itu guna udang, hari ini guna ikan bilis pulak.
200 gm keledek oren
1/4 cawan ikan bilis
1 sb bijan
Bahan untuk batter :
1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1.5 cawan air
1/4 st garam
1/4 st gula
1/4 st serbuk kunyit
1 biji telur
1. Satukan bahan batter dan adun hingga sebati.
2. Keledek dipotong jejari kecil dan masukkan ke dalam adunan batter. Masukkan sekali ikan bilis dan bijan. Gaul-gaulkan.
3. Ambil sejemput keledek yang bercampur dengan ikan bilis itu sambil ditiriskan sedikit adunan batter itu. Lalu dimasukkan ke dalam minyak panas.
4. Gorenglah hingga garing kekuningan. Toskan minyaknya.
5. Cicah/celupkan ke dalam sos vietnam atau apa saja sos yang disukai.
No comments:
Post a Comment