Thursday, February 11, 2016
Biskut Keju Parmesan
100 gm butter
1 sb gula castor
50 gm keju parmesan - diparut
150 gm tepung gandum
1/4 st baking powder
1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas biskut
sedikit parutan keju parmesan untuk ditabur di atas biskut
1. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
2. Masuk cheese. Gaulkan perlahan.
3. Masuk tepung dan baking powder. Gaulkan dan diuli sehingga menjadi doh. Sememangnya pada permulaan, adunan ini agak berderai. Jadi perlu terus diuli sehingga menjadi sebiji doh.
4. Alaskan plastik di atas papan pencanai. Letak doh dan tutupkan di atasnya dengan sehelai lagi plastik. Kemudian canailah doh itu 4 persegi dengan ketebalan lebih kurang 1cm. Lepas itu simpan kepingan doh itu di dalam fridge semalam atau sehingga ia menjadi keras supaya mudah dipotong. Plastik yang membalut itu tak perlu ditanggalkan.
5. Setelah itu dipotong kepingan doh itu memanjang. Susunkan ke dalam loyang pembakar yang dialas dengan baking paper.
6. Sapukan telur yang telah dipukul sedikit itu ke atas biskut dan ditabur dengan parutan keju parmesan. Telur itu digunakan sedikit sahaja. Kiranya kalau guna sebiji telur, ia masih berlebihan. Jadi ketepikanlah sedikit untuk kegunaan masakan yang lain (jika hendak).
7. Bakar biskut pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga kekuningan.
Labels:
Biskut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment