Thursday, February 4, 2016
Kari Jantung Pisang
1 biji jantung pisang
1 biji kelapa parut - diperah dengan 2 cawan air
3 sb rempah kari
2 tangkai daun kari
3 sb minyak masak
garam
Bahan tumbuk :
2 sb udang kering
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1" halia
1" belacan
1. Jantung pisang dibuang kelopak luarnya, ambil bahagian dalam yang putih. Dihiriskan sambil direndam dalam air garam bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama daun kari. Goreng sekejap.
4. Masukkan santan dan jantung pisang yang telah ditoskan air rendamannya. Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau. Masuk garam dan didihkan sekali lagi. Tutup api.
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment