Bahan untuk lapisan bawah :
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 helai daun pandan
1 st garam
1. Rendam beras pulut dalam 1-3 jam. Basuh dan toskan.
2. Masuk beras pulut, santan cair, daun pandan dan garam ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 20 minit hingga pulut masak. Gaul-gaulkan pulut dan keluarkan daun pandan itu.
Bahan untuk lapisan atas :
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung ubi
2 biji telur
150 gm gula merah
1 st garam
1. Masak gula merah bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campurkan santan, telur, tepung gandum, tepung sagu dan sagu ke dalam air gula merah tadi. Gaul hingga sebati dan tepung tidak bergentel. Tapiskan.
3. Sementara itu didihkan semula air di dalam periuk kukus. Tuangkan adunan ini atas lapisan pulut tadi. Kukus 20 minit atau hingga masak.
4. Bila dah masak, biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment