Bahan A:
1/2 cawan susu suam
1 st yeast
1 st gula pasir
Bahan B :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula pasir
1/4 st garam
1/4 cawan butter cair
1 biji telur (saiz besar)
Bahan C :
1 st minyak/butter
Peanut butter secukupnya
1. Satukan Bahan A. Biarkan ia mengembang. Sekiranya tidak mengembang dalam masa 3-5 minit, maka kena buat lain.
2. Satukan Bahan B. Gaul sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. Bulatkan doh itu.
3. Sapukan minyak/butter dalam mangkuk doh. Letakkan semula doh tadi ke dalam mangkuk itu dan tutup dengan tuala lembab. Biarkan doh itu mengembang.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas papan canai. Letak doh yang telah mengembang itu atas papan canai. Canaikan doh itu memanjang.
5. Sapukan peanut butter ke seluruh permukaan doh yang dicanai itu. Kiri dan kanan doh itu dilipat ke dalam. Kemudian dilipat dua bertindih.
6. Canai lagi doh itu memanjang. Canai perlahan-lahan supaya tidak koyak.
8. Masukkan doh roti itu dalam acuan muffin yang telah disapu minyak/butter atau dimasukkan ke dalam mangkuk kertas. Biarkan doh itu mengembang lagi.
9. Kemudian barulah dibakar pada suhu 170c selama 30 minit atau hingga kekuningan. Sapukan butter cair ke atas roti itu semasa masih panas sejurus keluar dari oven.
No comments:
Post a Comment