Cara buat roti bakau ni aku tengok kat live Aleeya Zailan. Pernah makan kat Old Town White Coffee suatu masa dulu. Memang sedap tapi tak tahu macamana dorang buat. Semalam tengok live Aleeya Zailan, baru tahu caranya.
Cuma butter tu jangan potong tebal sangat. Nanti rasa mual bila makan. Kaya tu pun tak boleh terlalu banyak. Sekadar calit nipis aje. Itu pun dah cukup terasa manisnya.
Bahan yang diperlukan :
Roti gardenia
Jem Kaya gardenia
Salted butter
Pisau tajam
1. Roti dibakau samada guna toaster atau bakar dalam oven. Pastikan garing keseluruhan roti.
2. Keluarkan roti dan belah dua roti tu. Gunakan pisau tajam.
4. Bila dah garing, keluarkan roti itu dan sapukan dengan jem kaya di kedua-dua keping roti (sebelah aje, bahagian yang dibelah itu).
5. Akhir sekali, potong nipis butter dua keping dan letak atas jem kaya itu. Kapitkan sekeping lagi roti dan potong dua roti itu berlawanan arah kedudukan butter itu.
Untuk mengelakkan butter itu cepat cair, korang boleh siap-siap potong nipis butter itu dan letak atas plastik. Kemudian simpan dalam freezer supaya ia beku.
No comments:
Post a Comment