Tahun 80an dulu kakak aku selalu buat kek ni. Kalau raya mesti ada kek ni. Tapi waktu tu aku tak berapa suka sebab kek ni lain macam sikit. Rasanya pahit-pahit sebab gula yang dihanguskan tu dan rasa kenyal-kenyal sikit. Sarangnya tu yang buat dia nampak cantik.
Memang itulah sebetulnya rasa dan texture kek ni. Kalau lembut macam kek biasa, itu tandanya keknya tak jadi ye.
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan planta
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat
1. Masuk gula pasir dalam kuali. Masak hingga gula larut dan bertukar warna menjadi perang.
Masuk air perlahan-lahan dan berhati-hati kerana gula panas itu akan memercik. Tutup api.
Kemudian masukkan planta/butter dan kacau hingga planta/butter larut. Sejukkan gula hangus itu.
2. Pecahkan telur dan kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga bersatu tapi jangan dipukul telur itu. Cukup sekadar dikacau sahaja.
3. Lepas itu masukkan susu pekat. Kacau sikit.
4. Masuk pula tepung yang telah diayak dengan baking soda. Kacau hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
6. Tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang telah disapu planta dan ditabur sedikit tepung atau dialas dengan baking paper. Untuk adunan ini sebaiknya gunakan acuan 6"x6" biar nampak tinggi sikit kek itu. Bila dah masukkan adunan dalam loyang kena biarkan adunan itu selama 3-5 jam supaya cantik texture sarangnya nanti.
7. Panaskan oven pada suhu 170C. Gunakan api bawah sahaja. Masukkan loyang adunan tadi dan bakar kek 45 minit. 5 minit terakhir gunakan api atas dan bawah.
8. Bila kek dah masak, sejukkan kek atas redai dan barulah dipotong.
No comments:
Post a Comment