4 biji telur
1 sb ovalette
3/4 cawan gula halus
1st esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan aiskrim soda
3 jenis pewarna ikut suka
1/4 cawan badam atau gajus cincang - disangai
200 gm coklat masakan
kertas bungkus makanan
1. Setiap helai kertas bungkus makanan dipotong dua memanjang. Lepas itu setiap bahagian dipotong 3. Kemudian dijadikan bentuk kon. Pastikan bahagian bawahnya rapat supaya adunan tidak meleleh keluar.
Staplerkan dibahagian tepinya supaya tidak terbuka apabila mengukus. Potongkan lebihan atas kon itu supaya tidak terlalu tinggi dan menghalang semasa menutup periuk kukus.
2. Pukul telur, ovalette, gula halus dan esen vanila hingga kembang.
3. Masuk tepung gandum berselang-seli dengan aiskrim soda hingga habis.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diwarnakan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Masa ini didihkan air dalam pengukus.
6. Paipkan adunan ke dalam kon itu berselang-selang. Adunan itu tidak terlalu penuh sebab ia akan naik apabila masak. Kemudian kukuskan dalam 20 minit. Jangan kukus terlalu lama nanti permukaannya akan merekah.
Peringatan : Periuk kukus selalunya ada 3 tingkat. Yang paling bawah adalah untuk letak air. Tingkat yang tengah dan paling atas berlubang-lubang.
Kon-kon itu nanti letakkan di lapisan periuk yang paling atas sekali. Lapisan tengah dibiar kosong. Letakkan kon-kon berisi adunan itu berselang lubang supaya tidak menghalang wap air pengukus naik ke atas.
7. Bila dan masak, sejukkan apam itu. Cairkan coklat masakan di atas api menggunakan kaedah double boiler.
8. Kemudian masukkan sedikit coklat cair itu dipermukaan apam. Tabur badam/gajus cincang. Biarkan coklat keras dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment