100 gm cili merah
20 gm cili padi
5 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
1 sb cuka
1 biji limau nipis
2 sb sos ikan
1 sb tepung jagung + 2 sb air
1 pokok daun ketumbar
1 sb minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sekejap. Tak perlu sampai garing. Masukkan cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Api jangan terlalu kuat.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Gaul rata dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang telah dicincang. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.
Boleh dibuat untuk mencicah tauhu goreng, udang bakar atau apa saja yang disukai.
No comments:
Post a Comment