Sambal.....satu jenis masakan yang ringkas tapi sedap dan menyelerakan. Satu lagi sambal yang aku selalu buat adalah Sambal Goreng Cili Padi. Walaupun kepedasan tahap melampau, nasi dipinggan masih berselera dihabiskan atau mungkin bertambah.
Sambal ni sedap dimakan single digandingkan dengan timun atau ikan goreng sahaja pun sudah mencukupi. Kalau berlaukkan sambal ni, masa makan kena sediakan tisu....
1 cawan cili padi
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
1 sb kicap lemak manis
garam
ikan bilis secukupnya
Kisarkan semua bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dikisar. Digoreng sekejap lalu dimasukkan ikan bilis. Masaklah hingga sambal garing sambil dikacau selalu. Akhir sekali, rasa sedikit dan jika kurang masin, bolehlah ditambah garam.
Memasak sambal ini, minyak mesti cukup. Jika tidak, sambal tidak garing seperti yang sepatutnya. Dan jika tidak garing, kepedasannya akan lebih teruk. Rupa sambal ini juga akan sedikit kehitaman.
Kalau tak masuk kicap lagi power...berdengung.
No comments:
Post a Comment