Wednesday, December 12, 2012

Palestin Peristiwa Akhir Zaman


Jika disebut kota suci ketiga setelah Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan dalam benak kita bahawa yang dimaksudkan tiada lain kecuali Al-Quds.  Benar, Al-Quds atau Palestin adalah kata yang tidak asing bagi majoriti kaum muslimin.

Al-Aqsa atau Baitul Maqdis disebutkan dalam banyak riwayat hadis dan atsar. Tentang keagungan dan keutamaannya, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa Masjidil Aqsa adalah masjid tertua kedua di dunia.  Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama kaum muslimin.  Baitul Maqdis sendiri merupakan salah satu daripada tiga kota suci yang dianjurkan untuk diziarahi dengan niat ibadah.  Tentang keutamaan solat di Baitul Maqdis, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa ia setara dengan 500 kali berbanding dengan masjid lain.  Palestin sendiri termasuk wilayah yang didoakan agar mendapat berkat.  Dan terakhir, Rasulullah pernah berkunjung ke Palestin dan solat di Masjidil Aqsa pada malam Isra'.

Secara geografi, Palestin mempunyai kedudukan yang sangat strategik di mata dunia antarabangsa.  Tanah bukit Moria, sebuah dataran tinggi yang diatasnya berdiri Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbatush Shahra, yang luasnya kurang dari 4 kali padang bola sepak, kini telah rebut lebih dari 3 juta umat manusia.

Disamping faktor geografi dan keutamaan lain, Palestin juga menyimpan banyak misteri di akhir zaman.  Negara ini telah dikisahkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai negara yang paling unik.  Realiti yang kita saksikan sehingga hari ini tentang Palestin merupakan gambaran kebenaran apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w.  Pergolakan politik dan pertikaian serta konflik antara umat Islam dengan Yahudi sebenarnya telah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.  Ini juga merupakan penjelasan dari nabi tentang Palestin di akhir zaman.

1.  Palestin Akan Menjadi Bumi Ribath Sehingga Akhir Zaman

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda",  "Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka.  Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah."   Malik bin Yakhamir menyahut, Muad' bin Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam.   Mu'awiyah berkata, "lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa ia telah mendengar Mu'adz bin Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam".

Tentang negeri Syam yang disebutkan dalam hadis di atas, riwayat di bawah ini menjelaskan bahawa negeri Syam yang dimaksudkan adalah Palestin.  Hal itu sebagaimana yang disebut dari Abu Umamah, dia berkata :  Rasulullah s.a.w. bersabda, "Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada diatas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata.  Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah."  "Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?"  Tanya para sahabat.  "Mereka berada di Baitul Maqdis dan pelataran Baitul Maqdis".

Maka, pelbagai soalan yang terus menggeluti benak setiap muslim; mengapa konflik di Palestin dan pertikaian antara umat Islam dan Yahudi tidak kunjung usai, barangkali bila dikesan dari sudut pandang takdir boleh dijawab dengan hadis ini.  Sungguh, negeri Palestin tidak akan pernah sepi daripada peperangan dalam riwayat di atas.  Musibah apa pun yang ditimpakan oleh musuh-musuh Islam terhadap kaum muslimin di Palestin, hal itu tidak memberikan mudarat kecuali sedikit musibah.  Maknanya, sehebat manapun gempuran musuh yang ditimpakan terhadap umat Islam di Palestin, maka hal itu tidak akan pernah membuat komuniti di negeri itu lenyap.  Ada semacam jaminan bahawa umat Islam di negeri itu akan tetap wujud.  Dan jihad di negeri itu akan terus berlanjutan hingga ke akhir zaman hingga kaum muslimin berjaya mengalahkan Dajjal.

Riwayat di atas juga boleh menjadi isyarat tentang mustahilnya bagi umat Islam untuk berhijrah meninggalkan Palestin secara total, sedahsyat apapun serangan musuh keatas mereka.  Janji Rasulullah s.a.w. bahawa serangan musuh hanya akan menimpakan sedikit musibah atas mereka menjadi bisyarah (khabar gembira) bahawa negeri ini tidak akan pernah mampu ditawan oleh musuh.  Pasti, akan selalu ada segelintir umat yang akan berjihad untuk mempertahankan negeri ini.


2.  Palestin Akan Menjadi Bumi Hijrah di Akhir Zaman

Kisah lain yang juga menakjubkan adalah bahawa negeri Palestin ini akan menjadi bumi hijrah akhir zaman.  Hal itu sebagaimana yang disebutkan dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata :  Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, " Akan berlaku hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tinggal di muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor, dan api akan mengiringi mereka bersama para kera dan babi."

Jika riwayat tersebut dikolerasikan dengan hadis lain yang menceritakan perjalanan Imam Mahdi dan kaum Muslimin dalam memerangi musuh-musuhnya, maka boleh jadi nubuwat di atas kejadian di masa Al-Mahdi.  Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w. :  "Allah memberitahu kepada Nabi Isa dengan firmanNYA, "Tiada seorang pun yang mampu melawannya karena itu bawalah hamba-hambaKU (yang baik-baik) ke gunung Thur.  Lalu Allah membangkitkan (mengutus) Ya'juj dan Ma'juj, mereka akan datang dari seluruh tempat yang tinggi."

Gunung Thur, sebagaimana yang terkandung dalam riwayat di atas merupakan sebahagian daripada negeri Syam, walaupun ia tidak berada tepat di dalam Palestin.  Tetapi kawasan tersebut masih masuk dalam bahagian negeri hijrahnya Nabi Ibrahim a.s. (Syam).  Wallahualam.


3.  Palestin Akan Menjadi Tempat Tegaknya Khalifah di Akhir Zaman

Hal itu sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Hawalah Al-Azdi.  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Wahai Ibnu Hawalah, jika engkau melihat kekhilafahan telah turun bumi Al-Maqdis (Baitul Maqdis/Palestin), maka itu petanda telah dekatnya berbagai goncangan, kegundah-gulanaan dan peristiwa-peristiwa besar.  Bagi umat manusia, kiamat lebih dekat kepada mereka daripada dekatnya telapak tangan kepada kepalamu ini."

Jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan penaklukkan kaum muslimin di akhir zaman, maka kemungkinan tegaknya khalifah di bumi Baitul Maqdis itu berlaku di zaman Al-Mahdi.  Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa Al-Mahdi kelak Dajjal akan dikalahkan dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri berada di Bab Ludd - Palestin.  Setelah terbunuhnya Dajjal di tangan Nabi Isa a.s., maka kaum muslimin terus memburu Yahudi di mana mereka bersembunyi.  Setiap benda, baik pokok, batu mahupun yang lain akan bercakap dan memberitahu di mana Yahudi bersembunyi.  Hanya satu jenis pokok yang akan diam dan melindungi Yahudi iaitu pohon Gharqad.  Sesungguhnya ia termasuk salah satu dari pohon Yahudi.


4.  Palestin Akan Menjadi Tempat Bertahannya Iman di Akhir Zaman

Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang hal ini :

Dari Salamah bin Nufail Al Kindi ia berkata, "Saya duduk di sisi Nabi s.a.w., maka seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, manusia telah meninggalkan kuda perang dan meletakkan senjata.  Mereka mengatakan, "Tidak ada jihad lagi, perang telah selesai."   Maka Rasulullah s.a.w. menghadapkan wajahnya dan bersabda, "Mereka berdusta.  Sekarang...sekarang perang telah tiba.  Akan sentiasa ada dari umatku, umat yang berperang diatas kebenaran.  Allah menyesatkan hati-hati sebahagian manusia dan memberi rezeki umat tersebut dari hamba-hambaNYA yang tersesat (ghanimah).  Begitulah sampai tegaknya kiamat, dan sampai datangnya janji Allah.  Kebaikan sentiasa tertambat dalam ubun-ubun kuda perang sampai hari kiamat.  Dan Allah telah mewahyukan kepada ku bahawa aku akan diwafatkan.  Aku tidak akan kekal di dunia ini, dan kamu akan saling menyusulku, sebahagian kamu memerangi sebahagian yang lain.  Dan kampung halaman kaum beriman adalah Syam."

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata :  "Rasulullah s.a.w. telah bersabda :  "Sesungguhnya aku melihat seakan-akan tonggak Al-Kitab telah tercabut dari bawah bantalku.  Maka aku mengikuti pemergiannya dengan pandangan mataku.  Tiba-tiba muncul seberkas cahaya yang terang-benderang mengarah ke Syam.  Ketahuilah, sesungguhnya iman pada saat terjadi pelbagai fitnah berada di Syam."


5.  Palestin Menjadi Salah Satu Tempat Berlindung Dari Dajjal

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Aku peringatkan kamu tentang Dajjal.  Dia menetap di bumi selama 40 hari.  Dia boleh mencapai setiap jengkal muka bumi kecuali 4 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Madinah, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa.  Dia tidak akan samar-samar lagi bagi kalian, kerana Rabb kalian tidaklah buta mata sebelah (sementara Dajjal buta sebelah matanya).

sumber :  www. detikislam.blogspot.com


Bumi Palestine Selepas Diceroboh Israel




Baca juga : iniiniini dan ini





No comments:

Post a Comment