Teringat aku pada banjir teruk yang berlaku sebelum ini. Lihat keadaan padang balai polis dah cukup merisaukan aku, takut banjir seperti hari itu berlaku lagi. Peliknya bila aku lihat di jalanraya, kenderaan masih lalu seperti biasa. Hairan jugak mana datangnya air sebanyak itu. Di waktu yang sama aku terdengar bunyi air deras mengalir macam bunyi air terjun. Bila aku toleh di bukit bersebelahan...masyaallah, derasnya air turun dari bukit. Memang menakutkan.
Seperti ada projek yang dibuat di atas bukit itu. Pihak berwajib patut membuka mata dan bertindak menghentikan sebarang projek di atas sana bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Perkampungan yang ditenggelami air |
Balai Polis Bt 18 ditenggelami air deras yang datang dari bukit berhampiran. |
Air deras bertanah merah datang dari bukit itu. Tak tahulah pembangunan apa yang berlaku di atas sana. |
Bagi aku yang pernah mengalami kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dulu sudah cukup mengerikan. Keadaan kediaman kami yang berada di kaki bukit ini sama sahaja keadaan kediaman-kediaman di Bukit Antarabangsa itu.
Tidak berperkemanusiaankah dan tidak berjiwakah insan yang terus-menerus melakukan projek di atas bukit yang jelas boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh seterusnya membahayakan banyak nyawa dan harta-benda insan lain?
Bukankah lebih baik dicegah dahulu sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku? Kenapa hendak ditunggu sesuatu yang buruk berlaku baru hendak diambil tindakan? Lepas itu mulalah menuding jari ke pihak itu dan ke pihak ini.
No comments:
Post a Comment