Bahan A
3/4 cawan gula castor
6 biji putih telur
1/2 st cream of tartar
Bahan B
1/2 cawan gula castor
6 biji kuning telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
2 st baking powder
1/4 st garam halus
1/2 st esen pandan
1/2 st pewarna hijau
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Pukul bahan A sehingga gebu dan adunan tidak jatuh jika diterbalikkan.
3. Dalam mangkuk yang lain pukul kuning telur dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan pula minyak, susu dan pukul lagi hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan A yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kuning telur tadi. Pukul lagi hingga sebati. Lepas itu masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Gaul hingga sebati.
6. Sediakan acuan chiffon bersaiz 9". Tak perlu digriskan atau dialas dengan baking paper. Masukkan adunan ke dalam acuan.
7. Bakar kek pada suhu 350F/175C selama 40-45 minit. Cucuk dahulu kek dengan cake-tester untuk memastikan kek telah benar-benar masak.
8. Terbalikkan acuan kek sebaik dikeluarkan dari oven dan biarkan kek betul-betul sejuk barulah dikeluarkan dari acuan.
No comments:
Post a Comment