400 gm betik mengkal
2 batang serai
3 ulas bawang merah
2 biji cili padi
2 sb udang kering
garam secukup rasa
1 sb gula pasir
1 biji limau nipis
1/2 cawan gajus
Betik mengkal ni warnanya macam oren-oren sikit tapi isinya masih keras.
1. Betik disagat atau dipotong halus memanjang. Serai dihiris bahagian putihnya sahaja. Bawang merah dan cili padi dihiris. Udang kering disangai sekejap dan ditumbuk kasar. Gajus digoreng tanpa minyak sekejap aje.
2. Campurkan betik, serai, bawang merah, cili padi, garam, gula pasir dan gajus ke dalam mangkuk besar.
3. Perahkan jus limau nipis dan digaul rata hingga sebati.
No comments:
Post a Comment