Sujud syukur ni bermaksud kita berterima kasih ke hadrat Allah apabila kita mendapat khabar gembira atau kita terlepas dari bala besar dan sebagainya. Selalunya bila aje kita dapat berita gembira, kita akan menjerit, melompat keriangan sambil menjerit Yesss atau Yahoooo dan entah apa-apa lagi.
Adalah lebih baik kita melakukan sujud syukur seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmizi yang bermaksud terjemahannya:
Dari Abu Barkah bahawa Nabi s.a.w apabila mendapat sesuatu yang disenangi atau diberi khabar gembira, segeralah beliau tunduk (sujud) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala.
Senang aje nak buat sujud syukur ni. Tak perlu mengambil wuduk dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih. Syarat-syaratnya adalah :
a) Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
b) Menutup aurat
c) Mengadap kiblat
Rukun dan bacaannya adalah :
a) Niat : "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
b) Mengangkat Takbiratulihram : "Allahuaakbar"
c) Sujud : Selepas takbiratulihram terus sujud dan baca "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah huwallahu akbar" (3x). Kemudian berdoa dalam hati "Ya Allah kami bersyukur di atas kurniaan dan nikmatMU".
d) Beri salam.
Untuk tempat ni yang ada masalah sikit kot. Kalau kita berada di negara arab mungkin tak kisah kot. Bagi mereka sujud syukur ini adalah sesuatu yang biasa. Walaupun dikatakan boleh di mana-mana tapi katakanlah kita berada dalam KLCC, tentu kita ambil masa nak mencari arah kiblat dan tempat yang bersih. Tapi bagi aku disebabkan sujud syukur itu perlu dilakukan sejurus mendapat khabar gembira, maka segeralah kita mencari arah kiblat dan tempat yang bersih. Senang cite kalau yakin tak cukup syaratnya, tak payah buat. Kalau tak pun, buat aje sembahyang sunat syukur bila tiba di rumah, surau atau masjid. Yang penting niat kita dengan Allah swt. Islam itu mudah....
No comments:
Post a Comment