Tuesday, May 14, 2013

Beza Dairy / Non-Dairy Whipping Cream

Aku selalu jugak keliru dengan kedua-dua jenis whipping cream ni.  Setiap kali nak beli aku terpaksa refer balik info-info tentang bahan ni.  Secara ringkasnya aku catitkan bezanya di sini untuk rujukan sendiri.  Bukan pakai selalu pun sebab tu selalu lupa.

Non-Dairy Whipping Cream
Bahan ini sesuai untuk hiasan kek.  Corak-corak yang telah dibentuk menggunakan bahan ini boleh tahan lebih kurang satu (1) minggu.  Bahan ini terdapat dalam bentuk cecair ataupun krim yang boleh terus dihiaskan ke atas makanan.  

Manakala dalam bentuk cecair pula perlu dipukul dengan mixer sehingga kental  berkrim.  Sebelum dipukul, kotak mengandungi cecair itu perlu digoncang terlebih dahulu supaya ia sebati.   Isikan dairy whipping cream ini 1/4 daripada saiz mangkuk mixer sebab krim ini akan mengembang dengan kuantiti yang banyak.  Perlu diingat cecair ini tidak boleh dipukul terlalu lama sebab ia akan menjadi krim hiasan yang tidak licin dan rata.  Sekiranya perkara ini berlaku, masukkan sedikit lagi cecair non-dairy whipping cream ini dan dipukul semula dengan kelajuan perlahan hingga nampak licin dan berkilat.

Krim ini telah sedia mengandungi gula.  Ia hanya perlu dipukul sahaja dan telah sedia digunakan.  Jika hendakkan hiasan yang berwarna, kita hanya perlu gaulkan dengan pewarna pada krim yang telah dipukul itu.

Cream hiasan yang berlebihan boleh disimpan didalam freezer selama 6 bulan. 

Antara jenama yang terdapat di sini ialah Rich's Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping dan lain-lain.


Dairy Whipping Cream
Bahan ini hanya sesuai untuk dicampurkan sebagai bahan pembuatan kek sahaja.  Boleh juga digunakan untuk hiasan makanan instant seperti ice-cream dan pudding.  Krim ini tidak tahan lama kerana ia mudah cair.

Bahan ini juga tidak boleh terlebih pukul sebab ia akan menjadi cair dan dipanggil "butter-milk".  Bila telah jadi seperti ini simpanlah butter-milk ini untuk kegunaan lain.

Antara jenama yang terdapat di pasaran adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream dan President UHT Whipping Cream.
Emborg Whipping Cream 200ml


No comments:

Post a Comment