Friday, May 17, 2013

Chocolate Strawberry Trifle




A)  Vanila Pound Cake :
3/4 cawan unsalted butter
1 1/4 cawan gula castor
1 sb esen vanila
3 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/4 st garam
1 st baking powder
1/2 cawan butter-milk

1.  Sediakan loyang kek gulung bersaiz 11" x 17".  Sapukan butter pada keseluruhan permukaan dan tepi loyang.  Kemudian taburkan gula pasir disekelilingnya.  Ketepikan.

2.  Pukul butter + gula hingga kembang.  Masuk esen vanila.  Pukul lagi.

3.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama garam + baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan butter-milk.

5.  Masukkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar pada suhu 150C / 300 F selama 55 minit.

6.  Kemudian sejukkan kek dan dipotong persegi atau ikut saiz bekas yang hendak digunakan.


B)  Chocolate Cream
4 cawan susu cair
4 biji kuning telur
4 sb tepung jagung
1/2 cawan gula castor
1 st esen vanila
5 auns coklat masakan
500 gm cream cheese

1.  Hangatkan sekejap 3 cawan susu di dalam periuk.  Bila susu telah hangat, masukkan gula.

2.  Dalam bekas yang lain, campurkan 1 cawan susu, kuning telur dan tepung jagung.  Pukulkan dengan menggunakan whisk hingga sebati.  Kemudian dimasukkan pula susu yang telah dihangatkan tadi.  Pukul lagi hingga sebati.

3.  Masukkan adunan itu ke dalam periuk yang dimasak susu tadi dan dimasakkan dengan api sederhana sehingga adunan menjadi pekat dan licin sambil dikacau menggunakan whisk.  Proses ini mengambil masa kira-kira 5 minit.  Tutup api dan masukkan esen vanila dan coklat masakan yang telah dipatah-patahkan sambil diwhisk sehingga coklat itu sebati.  Sejukkan.

4.  Sementara itu pukul cream cheese hingga kembang dan masukkan adunan coklat tadi dan dipukul lagi dengan kelajuan perlahan sehingga sebati dan licin berkilat.


Bahan lain yang diperlukan untuk trifle :
1.  1 cawan air panas + 2 sb gula pasir dikacau hingga gula larut.  Masuk 2 st esen vanila.  Sejukkan.
2.  4 cawan strawberry.
3.  1 cawan whipping cream dipukul sekejap hingga kembang dan berkilat dan masukkan 1 sb gula pasir.  

Cara menyusun trifle :
1.  Susunkan potongan kek di dasar mangkuk.
2.  Lembapkan permukaan kek dengan air gula.
3.  Lapiskan pula dengan chocolate cream.
4.  Susunkan strawberry di atas chocolate cream itu.
5.  Lapiskan lagi potongan kek dan diulang proses ini hingga 3 lapisan.
6.  Akhir sekali hiaskan di atas trifle dengan whipped cream dan hirisan coklat.  Sejukkan dalam petisejuk sebelum dimakan.



sumber asal :  Anna Olson

No comments:

Post a Comment