1 tin buah longan
1 ketul gula melaka
500 ml air
2 helai daun pandan
Masak air, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut. Tapiskan. Kepekatan dan kemanisan air bergantung pada kehendak masing-masing. Kalau perlu, tambahlah gula pasir.
Tuang air gula dalam gelas/jug dan masukkan buah longan dan ais. Kalau tak nak letak ais ketul, boleh aje sejukkan terus dalam fridge.
Wangi daun pandan membuatkan jus ini lebih menyegarkan tekak.
No comments:
Post a Comment