Friday, May 24, 2013

Buttermilk Caramel Cup Cake



Cara Membuat Karamel :
2 sb butter
1 cawan buttermilk
1 1/2 sb tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan brown sugar

1.  Masukkan butter ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga butter cair.  
2.  Bila butter mula mencair, masukkan buttermilk.  Gaul rata.
3.  Masukkan 1/2 sb tepung gandum dan gaul sehingga sebati dan adunan menjadi pekat serta tiada lagi tepung berketul-ketul.
4.  Kemudian masukkan brown sugar.  Gaul lagi.
5.  Akhir sekali masukkan lagi 1 sb tepung gandum dan masak hingga menjadi cecair yang likat.

Adunan Kek :
4 sb butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
3 sb serbuk koko
1/2 cawan buttermilk
1 cawan tepung gandum
1/2 st baking soda
1/2 st garam
1 st cuka

1.  Pukul butter dan gula hingga kembang.
2.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan pula serbuk koko dan buttermilk.  Gaulkan hingga serbuk koko bergaul rata.
4.  Masuk tepung sambil dikaupbalikkan hingga sebati.  Akhir sekali masukkan baking soda, garam dan cuka sambil digaul lagi hingga sebati.

Untuk membakar cupcake ini, sediakan loyang cupcake dan paper-cupcake.  Tapi di sini aku gunakan kertas baking yang dipotong empat persegi sahaja.  Sapukan sedikit butter pada loyang cupcake supaya baking paper itu terlekat sedikit.  

Ambil 1 sb adunan kek dan letakkan dalam paper cupcake itu. Kemudian letakkan 1 st adunan karamel dibahagian tengah adunan itu dan ditutup dibahagian atasnya dengan lagi 1 sb adunan kek. Taburkan dibahagian atasnya dengan kepingan badam.

Bakar cupcake pada suhu 180C selama 20 minit.

Dengan adunan ini, kita boleh dapat 12 biji cupcake yang comel.

Satu lagi di sini ialah aku telah menggunakan buttermilk dan butter yang aku buat sendiri menggunakan dairy whipping cream.

Aku masukkan 2 cawan whipping cream ke dalam bekas bertutup rapat dan goncangkan bekas itu sehingga terdengar bunyi kocakkan air.  Buat sehingga nampak ketulan butter yang agak berkilat terasing daripada cecair seperti susu.  Tapiskan.  Butter yang terhasil itu dibungkus didalam kain muslin dan dibasuh di dalam air sejuk/ais kiub dari peti ais beberapa  kali sehingga air sejuk itu menjadi jernih.  
Simpanlah butter dan buttermilk itu di dalam peti ais.





No comments:

Post a Comment