2 keping puff pastry
2 sb butter - cairkan
loyang muffin
Inti :
200 gm kentang
100 gm carrot
100 gm bawang besar
1 st serbuk paprika
2" kulit kayu manis
1 st serbuk lada hitam kasar
1 st jintan manis
1 sb jus lemon
1 sb minyak zaitun
1 pokok daun sup/daun bawang/parsley
garam secukup rasa
1. Kentang, carrot dan bawang besar didadu kecil. Daun sup/daun bawang/parsley dihiris.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama kulit kayu manis hingga naik bau. Keluarkan kulit kayu manis itu jika tidak sukakan baunya terlalu kuat.
3. Masukkan kentang dan carrot dan tumis sekejap lalu masukkan serbuk paprika, lada hitam, jintan manis dan garam. Gaulkan hingga sebati. Tutup api dan masukkan jus lemon serta daun sup/daun bawang/parsley. Kalau tak ada jus lemon, boleh aje dimasukkan air asam jawa. Masukkan selepas rempah-rempah itu dan masaklah hingga kering.
4. Satu keping puff pastry itu dipotong kepada 6 bahagian empat persegi. Letakkan setiap keping pastry ke dalam acuan muffin.
5. Sapu butter cair di atas pastry dan letakkan 2 sb inti kentang tadi. Satu lagi puff pastry itu dipotong kecil sebagai penutup pai itu. Kemudian sapu lagi butter cair di permukaan pai itu.
6. Bakar pastry ini pada suhu 160C selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment