Friday, September 20, 2013
Pelajari Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda
Asas 5 jari
Jari Telunjuk : Usus
Jari Tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari Kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman, itu maknanya badan kita penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan kita mengalami sembelit.
Seterusnya seseorang wanita boleh lihat sistem dalaman perempuan pula adalah dengan melihat pada jari kelingking. Jika jari kita meruncing atau bengkok maknanya haid tidak teratur, mengalami keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin dalam badan. Kalau yang selalu marah-marah tu mungkin banyak angin dalam badan sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Selain itu, pernah tak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan, itu tandanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya perut ibu jari terdapat urat hijau kebiruan, itu tandanya anda mengidap gastric.
Selain itu, urat biru/hijau ada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki, itu tandanya seseorang itu mengalami stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Seterusnya bagi seseorang wanita itu, jika terdapat warna putih berbentuk bulat sabit di setiap kuku jari tangan anda, itu tandanya anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tapi berlainan pula, sekiranya terdapat warna putih berbentuk bulan sabit di kuku ibu jari sahaja, itu menunjukkan anda sihat.
Wallahualam...ini hanyalah sebagai panduan. Apapun lebih baik pergi buat medical check-up.
sumber : apodahjadi.blogspot
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment