1 biji kelapa muda
2 sb aiskrim vanila
1 biji air kelapa muda sahaja
1. Masukkan kelapa muda bersama air kelapa muda tu sekali bersama 1 sb aiskrim vanila ke dalam blender.
2. Kisarkan hingga berbuih halus dan boleh juga ditambahkan air kelapa muda itu jika terlalu pekat. Itupun bergantung pada kuantiti isi kelapa itu.
3. Kalau nak tambah guna air biasa pun boleh juga tapi kalau guna air kelapa muda, rasanya lebih sedap dan tak perlu tambah gula.
4. Tuang dalam gelas dan scoopkan 1sb aiskrim vanila. Nak lebih menarik, taburkan parutan coklat di atasnya.
Aku beli kelapa tu kat Tesco Ampang aje, dah ada kelapa yang dah siap dikupas. Dalam satu bekas tu dah memang ada 1 biji kelapa + air kelapa extra lagi. Yang bestnya beli di situ, kelapa mudanya gerenti lembut. Tak macam kalau kita beli kelapa muda sebiji kat tepi-tepi jalan tu, isinya kadang-kadang sikit sangat dan kadang-kadang tebal giler. Kelapa dah tua dikatakan kelapa muda.
No comments:
Post a Comment