1/2 ekor ayam
2 cawan santan
1" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan dibuat bawang goreng
2 tangkai daun bawang - dipotong 1"
2 tangkai daun sadri - dipotong 1"
1 biji limau nipis - ambil jus
3/4 cawan minyak
3/4 cawan minyak
garam secukup rasa
Bahan kisar :
10 tangkai cili kering atau 2-3 sb cili kisar.
1st jintan manis
8-10 ulas bawang putih
1/2 " halia
1" lengkuas
1/2 biji buah pala
1. Ayam dipotong ikut suka dan dilumur dengan kunyit dan garam. Gorengkan separuh masak. Ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak menggoreng ayam tadi (kalau guna ayam goreng lah). Tumis kulit kayu manis dan buah pelaga. Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing. Cili kering atau cili kisar tu boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu pedas.
3. Lepas tu masukkan santan. Bila mendidih, masuk bawang besar, ayam, garam, daun bawang dan daun sadri. Bila bawang besar dah nampak layu, masukkan jus limau dan bawang goreng. Biarkan sekejap baru ditutup api.
No comments:
Post a Comment