2 cawan tepung gandum
1/2 cawan planta
3/4 cawan gula castor
1st baking powder
20 biji buah kurma (lebih kurang)
1 biji telur
1/4 st garam
1 biji kuning telur untuk sapu
1. Buah kurma dibuang biji dan dibelah dua. Kalau buah kurma tu kecil, gunakan sebiji.
2. Ayak tepung, baking powder dan garam.
3. Masukkan gula ke dalam tepung tadi dan gaul rata.
4. Masuk pula telur. Gaul dan ramas hingga rata.
5. Kemudian baru dimasukkan planta sedikit demi sedikit. Gunakan kaedah gaul dan ramas. Sukatan planta itu boleh ditambah atau dikurangkan sehingga mendapat doh yang lembut.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian supaya senang dicanai.
Letakkan 1 kurma di atas doh yang dicanai itu di bahagian tepi lalu digulung macam buat tat gulung. Potongkan dan susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan planta. Buat lagi cara tadi sehingga habis.
Kalau guna acuan semperit pun boleh juga. Sapukan permukaaannya dengan kuning telur dan dibakar selama 25 minit pada suhu 160C.
No comments:
Post a Comment