Saturday, August 15, 2015

Puding Sagu Gula Melaka Berlaici




Bahan untuk puding :
1 cawan biji sagu mata ikan 
800 ml air
1/4 cawan gula
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
secubit garam

1.  Biji sagu ni boleh digunakan apa saje warna yang disukai.  Kalau tak ada yang berwarna, masukkan pewarna kesukaan semasa memasaknya.  Rendam biji sagu dalam 1/2 jam.  Toskan dan masukkan dalam periuk bersama air, gula, garam dan daun pandan. 

2.  Masak hingga biji sagu menjadi jernih, berkilat dan likat. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.



Bahan untuk sos :
1 biji kelapa parut putih 
1 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan
1/4 cawan sirap laici

1.  Kelapa parut diperah dengan 1 cawan air itu.  

2.  Masukkan santan, garam dan daun pandan dalam periuk dan masak atas api sekejap.  Jangan sampai mendidih, nanti pecah minyak.  

3.  Kemudian tutup api dan masukkan sirap laici.

Bahan untuk sirap gula melaka :
100 gm gula melaka
1 sb gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

Masuk semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut dan pekat.  Kemudian tapiskan air gula itu.  

Jika hendak warna air gula yang lebih gelap, gunakanlah gula merah.


Cara menghidang :
Letakkan puding di dalam mangkuk.  Letak 1 atau 2 biji buah laici. Tuangkan santan dan sirap gula melaka.




No comments:

Post a Comment