1 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
3/4 cawan air
2 sb bijan hitam
2 sb bijan putih
500 ml minyak untuk menggoreng
inti kacang merah secukupnya
garam secukup rasa
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh.
Doh tu jangan lembut sangat sebab bila kita terlalu menguli ia akan jadi lembik untuk dibuat bebola.
3. Bahagi doh itu kepada 10 bahagian. Satukan bijan hitam dan bijan putih dalam pinggan.
4. Ambil sebiji bebola itu, leperkan sedikit dan letak inti kacang merah ditengahnya. Resipi inti kacang merah di https://csuraya.blogspot.com/2012/11/inti-paste-kacang-merah.html. Bulatkan semula dan golekkan dalam bijan tadi.
Bebola ini tidak semestinya betul-betul bulat. Ia akan nampak herot sikit. Bila goreng nanti ia akan bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng kuih itu hingga kekuningan. Gunakan api sederhana.
No comments:
Post a Comment