5-6 keping roti
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 cawan ikan bilis
1 pokok daun sup/daun bawang
air secukupnya
garam secukup rasa
1. Bawang besar dihiris. Cili merah dicincang. Cili merah boleh diganti dengan cili padi dan dipotong kecil. Daun sup/daun bawang dihiris.
2. Rendam roti dalam sedikit air. Biarkan roti itu menyerap air dulu supaya kembang sedikit. Lepas itu barulah digaul bersama tepung hingga rata dan bahan-bahan lain.
Roti itu boleh digunakan tepi-tepi roti yang telah digunakan isinya untuk kegunaan lain.
3. Gaulkan hingga sebati macam buat adunan jemput-jemput biasa.
4. Gorengkan sesudu-sesudu dalam minyak panas. Goreng hingga garing.
Jemput-Jemput Roti ni lembut aje. Tapi adalah rasa macam payau-payau sikit disebabkan roti tu dah mengandungi yeast.
No comments:
Post a Comment