500 gm daging - dipotong 1/2 inci tebal
1 cawan kacang tanah
1/4 cawan cili kisar
2 keping asam keping
1 sb parutan gula melaka
2 cawan air
1/2 cawan santan
2 batang serai - dititik
garam
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1" lengkuas
3 biji buah keras
2 sb ketumbar
1 sb jintan manis
2 sb udang kering
1. Kacang tanah disangai, dibuang kulit dan ditumbuk atau digelek dengan memasukkan kacang tanah ke dalam plastik. Gelekkan dengan penggelek doh ataupun botol. Kacang tu biarlah kasar-kasar. Ketepikan.
2. Tumiskan serai yang telah dititik sekejap. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing.
3. Masukkan air, santan, kacang tanah, daging, gula melaka, garam dan asam keping. Biarkan hingga mendidih dan pecah minyak. Jika terlalu pekat dan masih belum pecah minyak, tambahkan lagi sedikit air.
No comments:
Post a Comment