Saturday, August 1, 2015

Rainbow Square Cookies




110 gm planta
1 cawan gula ising (boleh kurangkan)
1 biji telur
1 st esen vanila
1/2 st garam
2 cawan tepung gandum
6 jenis pewarna

1.  Pukul planta dan gula hingga kembang.  

2.  Masuk telur, esen vanila dan garam.  Pukul lagi hingga sebati.

3.  Masuk tepung.  Gaul dan uli hingga menjadi doh.

4.  Ambil 360 gm daripada doh tadi.  Bahagikan ia kepada 6 bahagian; 60gm sebiji.  Kemudian warnakan.  Lepas itu, bahagi kepada 2 bahagian setiap warna; 30gm sebiji.  



5.  Doh asal yang selebihnya dibahagi 2.  

     a)  Satu bahagian dicanai 8"x4".  
     b)  Satu bahagian lagi dibahagi 2 dan dicanai 4"x2" = 2 keping.  
          Satu keping daripadanya dipotong 2 memanjang.  


6.  Berbalik kepada bebola yang telah diwarnakan tadi....Canaikan setiap satu 4"x2".  Jika terlalu lembut, boleh gunakan sedikit tepung semasa mencanai.  Lapiskan dengan plastik di setiap lapisan dan masukkan dalam fridge dalam 1 jam.  Biar keras sedikit supaya senang hendak melapis.


Keluarkan dari fridge dan lapiskan 6 lapisan itu.  Kesemuanya ada 2 log.  Kemudian setiap log dipotong 2 memanjang.  Kesemuanya ada 4 log sekarang.


7.  Susunkan 4 log itu seperti dalam gambar.  Ambil 1 log, lekatkan kepingan warna asal (No. 5b) yang kecil tu disebelahnya dan lekatkan 1 log lagi disebelahnya dengan susunan yang berlawanan.
Kemudian letakkan sekeping warna asal (No.5b) 4'x2" diatasnya.  Dan letakkan satu lagi log diatasnya.  Buat macam tadi.  Betul-betulkan bentuk tu.  Jika ia telah menjadi lembut semula, masukkan semula ke dalam fridge sekejap supaya keras sedikit agar lapisan-lapisan itu tidak senget.

Lepas itu balutkan log besar itu dengan kepingan warna asal yang besar tadi (No. 5a).  Kemas-kemaskan dan simpan semula dalam fridge biar keras supaya mudah dipotong.  







Susunkan kepingan biskut yang telah dipotong itu di dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar biskut dalam 15-20'.  

Biskut ini besar saiznya dan lebih sesuai untuk minum petang.

Yang sebenarnya jika diikut daripada resipi asal, setiap lapisan itu perlu disapu dengan putih telur tapi aku tak buat sebab masa cubaan pertama dulu, bau telur agak kuat.


re-edited :

Yang ni percubaan aku yg ke3.  Bagi kecil sikit.  Bahagian yang berlapis tu potong 3 tapi ada berbaki.  Akhirnya bakinya aku buat macam biskut lapis biasa aje.  Kalau potong 4, boleh dapat biskut yang kecil sikit....sesuai ler untuk biskut raya.

Oopps...lupa nak bagitau korang ye.  Biskut ni memang manis. Kalau ikut resipi asal, gula ising tu guna 1 1/2 cawan, giler kan? 
So awal-awal lagi aku dah kurangkan jadi 1 cawan.  Bagi yang tak suka manis, boleh gunakan 3/4 cawan gula.





1 comment: