Ni semua kes roti yang tak habis dimakan dan tak tahu nak buat apa lagi dengan roti tu sementara menantikan tarikh lupusnya.
Bantai je lah apa bahan yang ada kat rumah....Barulah hari ni terbuka hati nak cuba buat pizza roti. Sebelum buat dah dapat bayangkan mesti roti tu rangup lepas dibakar.
Mula-mula permukaan roti tu disapu dengan tomato sos. Tomato puri pun boleh kalau ada. Lepas tu sukahati lah nak letak apapun yang disukai....seperti capsicum, daging kisar, bawang besar yang didadu kecil, udang ke....sume boleh. Last sekali parut atau kecai-kecaikan cheese di atasnya.
Lepas tu bakar dalam lebih kurang 10 minit.
No comments:
Post a Comment