Ada roti terlebih, tak tahu nak buat apa....teringat dulu pernah buat roti lapis keju salut dengan tepung dan goreng....Tapi itu bukan selera aku. Buang aje.
Kali ni aku try buat salut telur pulak...hmmm sedap.
Tak payah tulislah cara nak buat tu kan?? Hmm...bukan susah pun...Bahan yang perlu ada hanyalah beberapa keping roti putih, keju slice, sedikit planta, telur, garam dan sedikit lada sulah.
Lepas tu terus goreng dalam minyak panas. Minyak jangan banyak sangat. Toskan sekejap dan dah boleh di ngap.
Kalau tak nak salut tepung atau telur pun boleh. Hanya sapu planta/butter di atas dan bawah roti dan masak dalam kuali.
No comments:
Post a Comment